Thursday 23 February 2012

Rintihan Hati Kecil Ku

Sayang,
Andainya engkau mengerti,
dalam hati kecil ku ini
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk diberi ruang cerita keluhan ku,
ada ketika minta di temani kesedihan ku,

Andainya engkau memahami,
rajuk ku yang minta di pujuk,
Sedih ku perlu engkau disisi,
Gembira ku ingin ku berkongsi bersamamu,

Andai engkau mengetahui,
di sebalik seribu satu rasa ku ini,
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manja,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih ku ini wujud walau di saat jauh,

Kerana andai engkau tahu,
hati ku ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri ku sendiri,
Wujudkah cinta ku di hati mu,
Bila saat jauh dan ku hanya mampu menghitung hari,

Sayangilah diriku seikhlas hatimu,
Bukan kerana kau mengagumi kelebihan diriku,
Cintailah aku kerana hati ku,
Bukan paras rupa semata2.
Kerana aku mencintaimu seikhlas ku,
Dan kerana setia ku pada cinta ku pada mu.

Monday 20 February 2012

Kahwin Awal? Masalah ke?

Kahwin awal bukan satu masalah.Nie adelah diantare pesoalan pesoalan yg selalu menerjah kat kepaleanak-anak muda n temasuk aku pade mulenye yang tatao pape..
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siape cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu?Salah tanggapan tu.Sepatutnye, kahwin awal laa lebih memberisemangat. Yelah, daa ade pasangan yang halal n yg akan sentiase menyokong,mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? ^.^Lagi satu,orang yg daa kahwin ni akan rase lebih betanggungjawabdari sebelum kahwin taw.Sebab selalunye dorang tao yg mereka daa ade pasangan utk dijage, so dorang akn lebih berusaha utk buat yg tebaik utk pasangan.Apa-apa pun,tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh.Daa kahwin, tapi ade ganggu kerje dorang? TAK kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Aku tao ramai gak antare kita yg masih belajar n ade yg pinjam Biasiswa.Aku anggap couple yg nak kawen ni study lorh ea n pinjam biasiswa. So, Due2 masih dpt hidup ngan duit asas tu laa,sementare tade keje coz study lagi, si suami bg la nafkah yg temampu,,Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?Begantung pade si isteri gunakan tuk makan,lagipun si isteri pon ade duit kan~Yang penting due2 bole hidup tanpe kebulur. ^.^Lain citer la law si isteri demandkereta, rumah, rantai emas n' macam2 lagi.Jadi, sepatutnya tade masalah dalam bab nafkah.Cube tengok balik orang Arab zaman Nabi dulu. Ade ke kebanyakan dari dorang orang beharta? Tidak Kan!.Mereka cume mampu bagi si isteri makanan setakat yg mampu.Itu pun daa mencukupi untuk dijadikan nafkah.Nabi tak larang pun orang miskin bekahwin.Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan.Itu namanya menyalahkan takdir Allah.Berdosa Taw!.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, aku nak tanye,,Apa perkara asas dalam kahwin?Ya, akad nikah dan walimatul urus.Merisik n betunang tu bukan wajib pun.So, potong kos seperti bagi hantaranwaktu merisik n betunang,daa jimat wang kan. ^.^Xperlu sanding2 nie sume bubdalam islam haram bile kite sanding depan bukan mahram taw.Xpayah buang duit jumpe mak andam n' blablabla~ Mas kahwin pun x perlu laa tinggi mencakar langitbub sebaik baik magar ade laa yg paling rendah.Actually senang jee majlis pekahwinan Islam nie.Tak sampai puluh ribu pun. 
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Law rase ngan care kahwin bole buat semangat belajar naik, kahwin jela~Law rase kahwin bole buat diri tambah bersemangat lam agame, kahwin jela~ Law rase kahwin bole elak dari fitnah n maksiat, kahwin jela~Itu maksudnye,kahwin memang perlu di usia mude.Bende yg baik, jangan dilambat lambat kan.Xelok taw, nanti takut betukar jadi bende yg x baik.Tanya diri, jage laa iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Hah, nie laa bende yg susah bile nak kahwin awal.Law kite dapat menjelaskan ngan baik kat ibu bape n' dorang faham, insyaAllah tade masalah untuk bekahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kite susah nak accept bub fikiran dorang masih terikat ngan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang nie yg lebih tepengaruh pade adat n' cerekarama di tv semate mate~Tapi, x cube x tao kan~Ape pun, aku doakan yg tebaik utk y'allyg nak kahwin awal supaye cepat betemu jodoh.Ingat, bile seseorang tu bekahwin kerane ingin mengikut sunnah Rasulullah, make tebuka laa segale pintu rezeki untuknye. banyak kan kelebihan kahwin awal.Fikiran orang sempit jee buatkan kahwin nie nampak telalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Sekian,Daniesya Dionysius

Friday 17 February 2012

Daniesya Dionysius

“Cintailah aku kerana kekurangan ku,

kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihan ku dan jangan pernah mencintai aku dengan kelebihan yang aku miliki, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangan yang ada pada ku…”
Daniesya Dionysius

Wednesday 15 February 2012

Cerita KURA,ULAT n' KATAK

3 Sekawan yang bernama KURA,ULAT n' KATAK.
One day, KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnye. Maka,datanglah ULAT n KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.
Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.
Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
!@#$%^!@#

Monday 13 February 2012

Operator Panggilan

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...
dan kebanyakannye sama..terpikir tak y'all untuk menjawab dengan jawapan yang betul.
Kat sini aku akan cube untuk menukarkan jawapannye..
 (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
 ^.^
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... Maqaceyh.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..
(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Saturday 11 February 2012

Tips Cantek Dari Saye

Nak Jadi Perempuan Cantek dan disenangi si kumbang ?!@#$
Follow this tips untuk cantek sentiase
^.^

Selalu laa sirami hati dengan zikir.

Suburkan jiwa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Aktifkan tubuh untuk sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T

Tekadkan hati dengan mencintai Allah dan RasulNya.

Berbuat baiklah kepada orang tua n' orang lain.

Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.

Sematkan kesabaran pade diri setiap langkah.

Taburi benih-benih cinta n' kasih sayang dalam setiap waktu pade
ALLAH S.W.T

Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.

Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap setiap hari.



Itu laa sedikit tips cantek saye untuk kekawan yg sudi bace my blog,
Lastly, kalau kite bole praktikan diri,
inshaAllah akan mendapat markah A++
dalam kecantikan diri sendiri ~
Jom para hawa ramai2 belumbe utk mendapatkan kecantikan
dari Allah S.W.T
InsyaAllah...
^.^

Thursday 9 February 2012

I LOVE U means

Nak tao I LOVE U dalam banyak bahase?!@#$%
Bawah nie sume maksud “i love you” dari lebih 100 bahase
^.^
English - I love you

Afrikaans - Ek het jou lief

Albanian - Te dua

Arabic - Ana behibak (to male)

Arabic - Ana behibek (to female)

Armenian - Yes kez sirumem

Bambara - M’bi fe

Bengali - Ami tomake bhalobashi
(pronounced: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)

Belarusian - Ya tabe kahayu

Bisaya - Nahigugma ako kanimo

Bulgarian - Obicham te

Cambodian - Soro lahn nhee ah

Catalan - T’estimo

Cherokee - Tsi ge yu i

Cheyenne - Ne mohotatse

Chichewa - Ndimakukonda

Chinese - 我爱你
( Wo Ai nie)

Cantonese - Ngo oiy ney a

Mandarin - Wo ai ni

Comanche - U kamakutu nu
(pronounced oo—-ka-ma-koo-too—–nu)

Corsican - Ti tengu caru

Cree - Kisakihitin

Creol - Mi aime jou

Croatian - Volim te

Czech - Miluji te

Danish - Jeg Elsker Dig

Dutch - Ik hou van jou

Elvish - Amin mela lle
(from The Lord of The Rings, by J.R.R. Tolkien)

Esperanto - Mi amas vin

Estonian - Ma armastan sind

Ethiopian - Afgreki’

Faroese - Eg elski teg

Farsi - Doset daram

Filipino - Mahal kita

Finnish - Mina rakastan sinua

French - Je t’aime, Je t’adore

Frisian - Ik hald fan dy

Gaelic - Ta gra agam ort

Georgian - Mikvarhar

German - Ich liebe dich

Greek - S’agapo

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

Hiligaynon - Palangga ko ikaw

Hawaiian - Aloha Au Ia`oe

Hebrew - To female – “ani ohev otach” (said by male)
“ohevet Otach” (said by female)

To male – “ani ohev otcha” (said by male)
“Ohevet ot’cha” (said by female)

Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

Hmong - Kuv hlub koj

Hopi - Nu’ umi unangwa’ta

Hungarian - Szeretlek

Icelandic - Eg elska tig

Ilonggo - Palangga ko ikaw

Indonesian - Saya cinta padamu

Inuit - Negligevapse

Irish - Taim i’ ngra leat

Italian - Ti amo

Japanese - Aishiteru or Anata ga daisuki desu

Kannada - Naanu ninna preetisuttene

Kapampangan - Kaluguran daka

Kiswahili - Nakupenda

Konkani - Tu magel moga cho

Korean - Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida

Latin - Te amo

Latvian - Es tevi miilu

Lebanese - Bahibak

Lithuanian - Tave myliu

Luxembourgeois - Ech hun dech gaer

Macedonian - Te Sakam

Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

Maltese - Inhobbok

Marathi - Me tula prem karto

Mohawk - Kanbhik

Moroccan - Ana moajaba bik

Nahuatl - Ni mits neki

Navaho - Ayor anosh’ni

Ndebele - Niyakutanda

Norwegian Bokmaal – Jeg elsker deg

Nyonrsk - Eg elskar deg

Pandacan - Syota na kita!!

Pangasinan - Inaru Taka

Papiamento - Mi ta stimabo

Persian - Doo-set daaram

Pig Latin - Iay ovlay ouyay

Polish - Kocham Ciebie

Portuguese - Eu te amo

Romanian - Te iubesc

Russian - Ya tebya liubliu

Scot Gaelic - Tha gradh agam ort

Serbian - Volim te

Setswana - Ke a go rata

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

Sioux - Techihhila

Slovak - Lu`bim ta

Slovenian - Ljubim te

Spanish - Te quiero / Te amo

Swahili - Ninapenda wewe

Swedish - Jag alskar dig

Swiss-German - Ich lieb Di

Surinam - Mi lobi joe

Tagalog - Mahal kita

Taiwanese - Wa ga ei li

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

Tamil - Nan unnai kathalikaraen

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

Thai - ผมรักคุณ To female – Phom rak khun
To male – Chan rak khun Informal – Rak te

Tunisian - Ha eh bak

Turkish - Seni Seviyorum

Ukrainian - Ya tebe kahayu

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo

Vietnamese -tôi yêu bạn - To female – Anh ye^u em
/ To male – Em ye^u anh

Welsh - ‘Rwy’n dy garu di

Yiddish - Ikh hob dikh

Yoruba - Mo ni fe

Zazi - Ezhele hezdege

Zuni - Tom ho’ ichema


Bunyi ayat cinta dalam pelbagai bahase nie unik kan.
Try laa  cube dgn pasangan masing2 mesty rase seronok n' unik

Tuesday 7 February 2012

Sabar Itu Suatu Keindahan

Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat bulu yang menanti menjadi kepompong

Dan kepompong terus menanti untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah

Jadikanlah sabar seperti sabarnya pokok kaktus yang bertahan di padang pasir

Yang panas untuk menanti mekarnya kuncup bunga sebagai penghiburnya

Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit

Untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya

Sabar

Bukan bererti lemah

Bukan juga bererti kekalahan

Tetapi sifat sabar adalah benteng keselamatan dari putus asa

Dan bertawakal atas segala ujian

Sunday 5 February 2012

Cinta Sejati Tidak Perlu Sebab

Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..

Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak! Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma. Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara?
Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.

Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak..

Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.

“Cinta tidak perlu ada sebab.
Cinta lahir dari hati yang ikhlas.
Saya terima awak seadanya.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia,
tidak boleh dilihat dan dipegang.
Namun begitu,
 Ia boleh dirasai dalam hati”

Friday 3 February 2012

Sayangi Mak Kita

Pada usia 6 tahun - " Mak, saya sayang mak!"
Pada usia 10 tahun - "Mak, apa-apa la"
Pada usia 16 tahun - "Mak saya merimaskan!"
Pada usia 18 tahun - "Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Pada usia 25 tahun - "Mak, memang betul cakap mak selama ni~"
Pada usia 30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
Pada usia 50 tahun - "Saya taknak kehilangan mak!"
Pada usia 70 tahun - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada di sisi saya"

p/s : Korang cuma ade SEORANG Mak. Hargai laa Beliau ♥

Wednesday 1 February 2012

Rawat Laa Hati Kita

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) 
✿~ HATI yang brada dalam KESAKITAN,
kita TAMPALkan dengan KETABAHAN buat pengubat DIRI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) 
✿~ HATI yang di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN,
kita TAMPALkan dengan KESABARAN sbagai pengawal EMOSI..

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) 
✿~ HATI yang di dalam KETAKUTAN,
kita TAMPALkan dengan KETAQWAAN mnjadi pendinding DIRI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) 
✿~ HATI yang di dalam KERAGUAN,
kita TAMPALkan dengan KEYAKINAN mencari petunjuk ALLAHURABBI.

( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ ) 
✿~ HATI yang di dalam KEKECEWAAN,
kita TAMPALkan dengan KEPASRAHAN menggapai redha ILAHI.

P/S: Sama-samalah kita merawat HATI kita sentiasa walaupun tidak sakit,
agar kekal bertakwa kepada-Nya.