Wednesday 25 April 2012

Hati Ku Kini Untuknya

Kini kenyataan yg kau berikan menggugah rasaku padamu
Tidak terlintas dihati ini untuk mempermainkan mu
Sejujurnya hati ku telah berpaling kerna sikapmu
Teringat satu nama di ketika aku kesedihan olehmu
Teringat satu hati yg pernah aku lukai saat ku kecewa
Teringat satu cinta yg setia menanti di kala aku merasa keseorangan
Dalam hati kupanggil namanya
Walau ku tahu dosaku besar padamu diketika itu
Semoga kau memaafkan kesalahan ku
Merelakan aku mencarinya untuk membina istana bahagia
Kesal ku kerana silap ku
Maafkan aku yg telah meningalkan mu kerana nya
Tidak ku bisa mengagak dunia apa akan jadi padaku nantinya
Namun ku telah berserah
Aku sanggup mengharungi liku liku duri yg ku hadapi besok hari
Getaran dihatiku kini untuk dirinya telalu dalam
Maafkan aku mengenetepikan rasa simpati yg ada dalam hati ini
Aku rindu di awal percintaan kita dulu
Itu kerana aku masih terasa dihargai, tapi tidak kini
Aku rindu belaian sayangmu di awal pernikahan kita
Itu kerana aku masih terasa aku berharga bagimu,
tapi tidak kini
Telah aku bawa segala kekecewaan dan kesedihan
Sakit ini telah sekian lama terpendam
Aku memerlukan mu untuk membina bahagia ku
Tapi bukan untuk kali ini,
Maafkan aku menyakitimu
Ini kerana aku tidak sanggup menahan sakit di hati lagi..
Aku akan pergi jauh dari hidupmu
Dan aku berharap kau tidak muncul untuk aku mengingati mu lagi.
Salam perpisahan