Aku tak keberatan kasih andai kau
masih ingin melukaiku lagi
tapi biarkanlah dulu aku menghapus
darah yang masih kian mengalir
Apa kau pikir sayang ketegaran ini
kerana aku seperti bersahaja
Tidak sayang jiwaku amatlah terluka
hanyaku menangis ditengah
gerimis saja hingga tiada yang tahu
basah pipiku kerana airmata
aku menjerit seiring petir
hingga tiada yang mendengarku
saatku meronta.
Benar sayang
Aku tak mahu sahabat mencacimu
Menuduhmu penghianat cinta
Kerana ku tak bisa membencimu
Walau ku merasai seribu luka
Jujur sayang
Kau tetap sempurna dimata ku
Sayangku menerima kecurangan mu
kasih sayang yang kau dusta kan
Ketulusanku lebih suci untuk
memaafkanmu Cinta.