Tuesday 20 November 2012

Perfect ke kite?


Sebagai hamba Allah yang hina, kite memang tak sempurna..  Kalau ada yang mengatakan dia PERFECT. 00oh pelissss! hanya Allah yang sempurna dari semuanya. Manusia semuanya tak sempurna walaupun dikatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian OKAY! must remember =)

Tipu larh kalau setiap dari kite tak pernah melakukan dosa. Paling kurang terdetik kat hati sikit pun cemburu dengan kejayaan orang lain dah kira satu dosa (betulkan kalau salah). Apatah lagi kalau buat yang besar-besar macam merompak, membunuh, menipu, mengumpat dan lain-lain yang sama erti dengannye..

Setiap dari kite pasti ada melakukan kesalahan. KANN ? Jadi dalam menentukan pasangan hidup jangan lah kite meletakkan satu standard ciri-ciri yang kite idamkan. Sebab ? Kalau kita tak dapat apa yang diimpikan pasti terbit satu rasa yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.

Contoh : Kita idamkan lelaki yang hensem macam Farid Kamil atau secantik Dato Siti Nurhaliza. Tapi yang muncul tak seindah diimpikan. Awal bercinta dan berkahwin semua PERFECT laa (pefekk sangat). Tapi bila dah lame-lame mula larh buat hal dan mengungkit yang tak sepatutnya.

Sebelum meletakkan ciri-ciri untuk pasangan kita, cermin dulu diri kita sendiri. Jangan melabel seseorang itu tak layak untuk kita sedangkan kita tak mengenali peribadi dia yang sebenar. Mungkin bagi orang lain dia tak layak buat kita hanya kerana masa silamnya yang agak kurang baik. Tapi manusia boleh berubah kan.

Kalau kita yakin mampu untuk bersama dia di kala susah dan senang. Mengapa tidak pertahankan hubungan tu. Kecualilah Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kita. Cinta sejati boleh menerima seseorang walaupun hidupnya tak seperti yang dibayangkan. Manusia tak sempurna kan :)