Sunday 17 June 2012

Kenangan Tentang Dia

Apa yang aku lihat nyata
Dia yang pernah bersama di suatu ketika
namun tak lagi aku dapat menyentuhnya
Bayangannya begitu jauh tak terlihat
Entah cintanya masih terpahat atau telah tawar

Dia yang pernah mengisi kekosongan hati
Dia yang pernah melengkapi kekurangan cinta
Dia yang pernah menghadirkan senyuman
Dia yang pernah menawarkan kebahagiaan
Dia yang pernah memuja
Dia yang pernah memberikan harapan
Dia yang pernah menikmati cinta ku

Namun,
Dia yang telah menghapuskan kebahagiaan
Dia yang telah mengajarkan aku mendua
Dia yang telah menghancurkan harapan

Kerana dia aku mengorbankan kehidupan
Kerana dia yang mengajar ku kecurangan

Memang benar
Ini semua tentang dia dan Kerana Dia
Masih jelas kenangan tentang dia
esok, lusa atau minggu depan
apakah tentang dia akan sentiasa terpahat di minda?