Tuesday 4 December 2012

Cinta Separuh Hati


kenapa harus mencintai separuh hati
kenapa harus menyayangi separuh jiwa
kenapa harus mempercayai separuh raga

kenapa
walaupun cinta telah datang
dan aku telah menguraikan dengan panjang
tapi semua itu masih dalam bayang bayang

kenapa
apa kau fahami tentang cinta ini
coretan hati ini tak mahu berhenti
menuturkan cinta yang suci
tapi, semua terbalas hanya separuh hati

akal ku tebaring 
tapi tidak membuat ku berhenti berfikir

biarlah cinta ini hanya separuh hati
aku percaya masih ada cinta yang hakiki
hanya dari Dia yang maha suci

cinta sendirilah yang menyatakan cinta
dan percintaan