Sunday 29 June 2014

Erti Ramadhan

Di kala ramadhan semakin hampir
jeritan ku lahir walau tidak kelihatan
disini kucoret jeritan suara hati
wahai bulan yang bakal bediri
dapatkah kau memberi erti
mengapa hadir mu tidak ku rasai
jiwa ini terlihat sederhana
walau resah telah sampai ke kepala
mengapa hilangnya titik abadi
wahai sang sepi
hati ku ini rapuh
memberontak tanpa ku mengerti
apa mahu nya diri
apakah akan terus begini
tiada seru penyedaran hadir
ku akur, takut bergelimpangan
tapi tiada usaha ku lakukan
ku mohon
lemahkan jiwa ini
untuk mengingat mu
agar tunduk diri ini
dekat kedakapan mu
Ya Rabbi.



Monday 23 June 2014

Setelah sekian lama

ketika minda ini leka
hadir nya dia tanpa sengaja
insan yang tidak ku mengerti
apa mahunya.
walau cuba ku menjauhi
dia bekeras untuk tetap bediri
apa harus ku lakukan?
diri ini kosong mengiringi hari
tiada upaya mengejar senyuman
apa harus ku akur dengan dusta
walau ku tahu ia nya dosa
hanya untuk bahagia seketika
tiada sayu untuknya yang bersusah payah
sungguh ku mula buntu
kemana jiwa raga ini ingin tuju
maafkan aku yang keliru
adakah cinta itu wujud
atau hanya khayalan nafsu
sungguh ku akui
hidup ku ini telah dimiliki