Tuesday 11 September 2012

Hei Budak !


hei budak
carilah ilmu
biar kau jatuh lemas seluruh
biar kau  luka terbakar berduka
carilah! semoga tak terus diperbudakkan

hei budak!
genggamlah ilmu
biar kau dihina dipermainkan dunia
biar kau dipersenda dipulaukan
genggamlah! semoga kau nampak cahaya

hei budak!
amalkan ilmu
biar tinggal kau seorang berperang
biar semua pergi menunduk pada wang
amalkan! semoga bahagia selepas dunia