Wednesday 12 December 2012

Engkau Pemilik Cinta Sejati

Engkau yang selalu ada di saat ke berduka
yang tak pernah meninggalkan ku
saat ku jatuh dan kepayahan,

Engkau semangat
tempat aku bersandar
tempat aku mengadu
tempat aku berkeluh kesah

jika di hati ini tertanam rasa rindu
dan cinta sudah seharusnya itu tercurah hanya pada mu
jika hati ini pernah berharap lebih selain dirimu
adalah kebodohanku yang terbuai mimpi akan kebahagiaan hidup

aku bersedih dan menangis
kerana pedih dan luka yang aku alami
aku berduka dan merana
kerana harapan dan mimpi ku tak menjadi realiti

maafkanlah aku
telah banyak waktu terbuang
untuk meratap dan menangisi alam maya ini

ampunilah aku
izinkan aku untuk kembali
kerana sesungguhnya engkaulah kekasih
yang tidak pernah menyakiti walaupun pernah ku khianati

aku ingin menggapai ampunan mu
walaupun ku tahu diri ku tidak layak untuk itu
untuk jasad payah ini
untuk jiwa rapuh ini
untuk hati rawan ini

hanya engkau pemilik cinta sejati