Saturday 23 June 2012

Dendam

Dendam merasuk di jiwanya
Wajahnya membengis menahan amarah
tangannya mula mencakar langit
Matanya terbeliak seperti serigala
Kakinya mencuba menggempakan bumi

HAHAHA! HOHOHO!
Tapi aku masih dengan senyuman sinis ku
Seperti melihat drama anak wayang tv2
Dengan tertawa sendiri dalam hati
Menganggap semua seperti fatamorgana

Praak!!
tiba-tiba suara kayu di patahkan
aku hanya terdiam sambil bertanya dalam hati
apakah ini nyata atau imaginasi
sambil berbisik pada kursi yang membisu

Ooh!
Ternyata orang gila
Yang entah sengaja mengila
Atau keadaan yang membuatnya gila
kerana geram dengan keadaan
Merasa hidup yang ada tidak bermakna
Kerana para pembesar hanya mampu berkata