Wednesday 10 October 2012

Adakah Cinta Mu Seperti Cintaku

Di keheningan malam
Terasa sunyi sepi tanpamu di sisi
Sebesar harapan untukmu dariku
Sedikit pertanyaan mengelilingi otakku
Kebimbangan hati telah datang padaku
Keraguan hati melekat di otak tentangmu

Aku di sini kau jauh di sana
Kesangsian mengusik minda
Apakah kau mencintai ku?

Hanya hati dan pikiranku yang tahu
Kebenaran perasaan di sudut hatiku
bahawa teramat ku mencintai dirimu

Hari kehari semakin besar cintaku
tapi ku meragui adakah cintamu sama sepertiku
Kebingungan terus terbuku dalam hati
kerana sikapmu yang membuatku tak mengerti
Apakah aku beerti padamu?