Sunday 16 December 2012

Kini Kau Telah Berbeza

Kini sunyi setiap langkah ku
Tiada lagi dirimu disampingku
Semua rasa di hati seakan tidak lagi bererti
Secerahnya sinaran pagi

Cinta ini tidak ternodai
Dingin hembusan angin membawa rindu tentangmu
Biarlah ku cuba merangkai mimpi

Jauh dari angan bayang bayang dirimu
Akankah kau tau satu rasaku
Yang membara kerana mu

Aku ingin miliki hatimu
Aku ingin selalu melihat senyum indah diwajahmu
Yang selalu berikan aku ketenangan

Kau memberiku harapanmu di sini
Terlalu besar aku menaruh harapan padamu
Meski kini kau telah berbeza