Sunday 15 April 2012

Puisi Mimpi

Hidup bagaikan mimpi ngeri
Aku mencari kepastian takdir
Tatkala liku liku hidup ku ini
Menempuh rintihan ilusi
Aku berdiri disini
Tercari cari di manakah
Mimpi yang indah dalam bahagia
Mimpi yang bercahaya dalam kesempurnaan
Terserlah kilauan tujuh warna pelangi
Ditambah kekuatan  bulatnya mentari
Indah kenangan yang pernah ku lalui
Tapi aku
Masih lagi berdiri disini

Mencari dan mencari
Di ketika manusia asyik bermimpi
Nafsu kedengkian menghasut diri
Bekalan amalan hari tua ditolak tepi
Megah dapat saling membenci sesama diri
Pudarnya agama
Gugurnya akidah
Hancurnya hati suci

Layak kah aku disini?
Bersama sahabat yang mengaku sejati
Mana pergi janji dan nilai murni
Wahai sahabat

Lupakah kamu akan kebesaran ilahi
Mencipta ruang pelbagai dimensi
Mencucuri rahmat dengan rezeki
Ditambah rahmat hidayah dilimpahi
Dan aku berdiri disini
Masih disini
Kerana

Tidak perlu mencari lagi
Kerana itulah destinasi
Ikutan generasi masa kini