Thursday 23 February 2012

Rintihan Hati Kecil Ku

Sayang,
Andainya engkau mengerti,
dalam hati kecil ku ini
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk diberi ruang cerita keluhan ku,
ada ketika minta di temani kesedihan ku,

Andainya engkau memahami,
rajuk ku yang minta di pujuk,
Sedih ku perlu engkau disisi,
Gembira ku ingin ku berkongsi bersamamu,

Andai engkau mengetahui,
di sebalik seribu satu rasa ku ini,
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manja,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih ku ini wujud walau di saat jauh,

Kerana andai engkau tahu,
hati ku ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri ku sendiri,
Wujudkah cinta ku di hati mu,
Bila saat jauh dan ku hanya mampu menghitung hari,

Sayangilah diriku seikhlas hatimu,
Bukan kerana kau mengagumi kelebihan diriku,
Cintailah aku kerana hati ku,
Bukan paras rupa semata2.
Kerana aku mencintaimu seikhlas ku,
Dan kerana setia ku pada cinta ku pada mu.