Friday 26 October 2012

Coretan Hati Yang Mencintai

Duduknya aku di sini
Menadah tangan meminta simpati

Airmata berlenang membasahi pipi
Tertunduk aku di sejadah ini

Duduknya aku di sini
Menghadap qiblat menghadapMu Ilahi
Letih lesu mengejar fantasi
Fantasi dunia yang tidak pasti

Ya Allah
Aku tersimpang dari jalan hakiki
Terlalu taksub dengan cinta insani
Bodohnya aku menangis dan menangis lagi
Tersedu sedan kerana lelaki

Malunya aku menghadapMu sebegini
Apakah tidak pernah kusedari
Sedangkan sudah berjuta kali?

Ya Allah
Terimalah taubat hambaMu ini
Hanya padaMu tempatku kembali
Dosa ini tidak mahu kuulangi
Aku memohon petunjukMu Ilahi

Aku sedar kali ini
Cinta sebenar, CintaMu Ya Rabbi