Friday 30 November 2012

Perjalanan Kisah Hidup Ku


Saat tatap mata ini
Terpaku oleh wajah mu
Ingin rasa nya di samping mu
Berdua menjalan kan hidup ini

Tapi kini kau pergi
Untuk kisah hidup yang baru
Sesal tiada erti untuk dirasakan
Kerana hanya dirimu cintaku

Termenung
Hari itu berulang kembali
Namun ku rasa tak mungkin
Kerana ini hanya sebuah harapan
Bukan cita-cita yang akan terjadi suatu hari nanti

Seharusnya ku melupakan semua
Mencuba berdiri tegak menghadapi kehidupan ku
Walau hanya angin, bulan dan bintang
Menjadi sahabat di malam sepi ku

Inilah akhir perjalanan cintaku
Yang terkandas termakan hasratku

Wednesday 28 November 2012

Nurkilan Diiringi Bayu Senja

Tolong jangan hukum aku cinta
Aku sedang tak ingin mengenali mu
Hatiku hancur terluka karena mu
Jiwa ini terguris pedih oleh rasa itu

Jauhi aku cinta
Berilah ruang yang luas dalam jiwa ini
Berilah sedikit celah-celahnya
Di balik rimbunan semerbak bunga

Aku ingin melihat di balik sana
Ada apa lagi?
Ada cerita yang bagaimana
Dan aku semakin lelah untuk mengenalinya
Ajari aku cinta yang mengenali mu
Bukan dari sudut mata

Ajari aku cinta yang mengenalimu
Dari pemikiran jiwa

Ajari aku cinta yang mengenalimu
Dari ketulusan hati kecil nya

Ajari aku cinta
Bagaimana hati ini dapat mengenalinya
Pilihan Ya Rabbi yang belum tentu indah di mata manusia

Monday 26 November 2012

Macam mana nak usya awek Ulat Buku?


1. Selalu2 la melepak kt perpustakaan.Walau malas tahap cipan,batang hidung kau kena la sesekali nampak.Even kau datang bukan untuk belajar atau pinjam buku.

2. Konon2 kau mencari buku yg sama macam bdk perempuan tu,tapi buat trick zaman pak kaduk.Pastu buat muka kesian nk kongsi buku.Ni namanya sambil meyelam minum air.

3. Setakat belajar 2,3jam x puas berlendir kn?So sebagai lelaki,kau ajak dia belajar sama2 lagi esok.Tapi bukan library la,ajak kt tepi tasik ke.Kira date sekali la kwn. ;)

4. Jangan borak pasal peribadi di awal perkenalan.Dia budak skema,kau kena faham.Borak2 la pasal belajar,rumah sukan ke..+_+ yg ada kene mengena dgn pelajaran r.

5. Kalau kau ada kemahiran sesuatu subjek,tunjukkan kepandaian kau tu menyelesaikn masalah.Jangan tunjuk bengap,asyik dia je nk ajar kau.Kalau cpt pick up ok lg la.

6. Budak skema ni dia lemah lembut ckit,alim2,dan agak lampi dalam aktiviti sosial.Jadi kau jangan ajar dia bukan2.Awal2 da mcm tu mmg reject r.Cuba ajak dia berQiam ke malam2. :)

7. Jaga bahasa dan cara pemakaian.Diorg x suka selekeh2,buas,dan bahasa yg agak kuang ajau.Kalau ye pun stylo,jangan pakai seluar koyak rabak.#serabai.

8. Sebab diorg pandai,jadi dilarang buat sesuatu yang bodo depan mata diorg.Contoh,kau berlagak bijak,tapi hakikatnya bila suruh buat,haprak pun kau x tahu.Be matured!

9. Cool..jangan gelabah.Gadis2 kuat belajar ni suka tengok lelaki yg tenang,muka sedap mata memandang.Org ckp muka yg terpancar imannya.x kesah warna kulit. = ='

10. Untuk melebarkan sayap,rasa2 dia da biasa dgn kau..hujung minggu ajak la dia keluar.Jangan tunjuk niat sebenar.Bagi alasan teman prg kedai buku popular.hihi..

ok,good luck geng ;)

Saturday 24 November 2012

Nak Jadi Sempurna?


1. Nak jadi sempurna
kena pakai baju baru tiap2 hari, barang sume ori. 1kali je pakai lepastu harus la x pakai lagi. simpan buat pekasam dalam laci.

2. Nak jadi sempurna 
kena wajib ada barang kemas sepeti. Kalau bole emas pun nak salut kt gigi. Gelang tangan tebal 2,3inci,rasa nk pakai sampai ke kaki.

3. Nak jadi sempurna
kena mekap tebal2 la. Sampai jiran sebelah pun x kenal kita. Hari ni blusher kaler biru,esok hijau,lusa kuning pula.Bedak 4,5inci baru rasa selesa.

4. Nak jadi sempurna
kena makan kat restoren 9 ,10 bintang. Gerai tepi2 jalan x pandang. Walau keliling pinggang ada hutang.x apa..itu sume tolak belakang.

5. Nak jadi sempurna
kena bawak kete besar punya, asal nampak macam org kaya. hujung bulan bayar hutang je la.x apa..biar papa asal bergaya.

6. Nak jadi sempurna
kena cari kesalahan orang. pekung org kita dedah, nanah sendiri kita lindung. cakap pungpangpungpang pasal org,keluarga sendiri lintang pukang.

7. Nak jadi sempurna
wajib ada buayapren/gilapren. muka hot, market tinggi, tukar pasangan cm tukar baju je kan.sedih 2,3hari je patah tumbuh hilang berganti.

8. Nak jadi sempurna
kena ikut fesyen terkini bukan yg lama. x kesah la walau baju nampak dada, seluar paras peha. Lu jaga kubur lu,guwa kubur uwa.

9. Nak jadi sempurna
kena solat 5x sehari.lepas tu rasa cam daa x ada dosa lagi. nak tebus dosa pergi haji. Walau bukan guna duit sendiri.

10. Nak jadi sempurna
update blog hari2. Walau entri cam kutuk dri sendiri..x apa,biar la org nak kata apa pasal kita ni.

Entri suka2 hati, cuma memerli, kalau terasa harap dimaaf kan la yee. sebenarnya banyak lagi, tp xpe la..lain kali tambah lagi. ;)

Thursday 22 November 2012

Nama Mu Terukir Di Hatiku

Di keheningan malam saat itu
Teman-teman menyampaikan salam mu kepada ku
Tersipu sipu ku diantara mereka 
Wajah ini menjadi malu dan perasaan ku hanyut terbuai 
Indah saat kau melafazkan puisi indah
seirama diiringi merdunya muzik biola
Ku terpegun dan menghabiskan saat yang berlalu
untuk tetap mengingati wajahmu

Hari berganti hari saat senja dicekam malam
Aku duduk bersandar pada dinding yang tinggi
Teman-teman datang menjauhkan aku dari lamunanku

Mataku tertuju pada jejaka yang sedang mengalunkan bunyi gitar
Ku tersentak saat mereka berkata,” Hah, tu lah dia"
Nama yang mereka perkatakan
nama yang tersimpan di sudut minda ku..
Itu kah diri mu??

Saat ku berpaling kan wajah seketika
’untuk melihat keramaian disudut jalan,
kau datang dari sana dan kita pun berkenalan
Keyakinan ku atas dirimu telah terbukti
Tidak salah lagi,, Ini dia Orangnya

Pertemuan kita disengaja kan oleh waktu
Ku ingin mengenal mu lebih mendalam
Wajah mu tersimpan di minda ku
Senyum manismu membayangi pikiranku
Tanpa ku sadari bahwa Nama Indah mu terukir Di Hatiku

Tuesday 20 November 2012

Perfect ke kite?


Sebagai hamba Allah yang hina, kite memang tak sempurna..  Kalau ada yang mengatakan dia PERFECT. 00oh pelissss! hanya Allah yang sempurna dari semuanya. Manusia semuanya tak sempurna walaupun dikatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian OKAY! must remember =)

Tipu larh kalau setiap dari kite tak pernah melakukan dosa. Paling kurang terdetik kat hati sikit pun cemburu dengan kejayaan orang lain dah kira satu dosa (betulkan kalau salah). Apatah lagi kalau buat yang besar-besar macam merompak, membunuh, menipu, mengumpat dan lain-lain yang sama erti dengannye..

Setiap dari kite pasti ada melakukan kesalahan. KANN ? Jadi dalam menentukan pasangan hidup jangan lah kite meletakkan satu standard ciri-ciri yang kite idamkan. Sebab ? Kalau kita tak dapat apa yang diimpikan pasti terbit satu rasa yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.

Contoh : Kita idamkan lelaki yang hensem macam Farid Kamil atau secantik Dato Siti Nurhaliza. Tapi yang muncul tak seindah diimpikan. Awal bercinta dan berkahwin semua PERFECT laa (pefekk sangat). Tapi bila dah lame-lame mula larh buat hal dan mengungkit yang tak sepatutnya.

Sebelum meletakkan ciri-ciri untuk pasangan kita, cermin dulu diri kita sendiri. Jangan melabel seseorang itu tak layak untuk kita sedangkan kita tak mengenali peribadi dia yang sebenar. Mungkin bagi orang lain dia tak layak buat kita hanya kerana masa silamnya yang agak kurang baik. Tapi manusia boleh berubah kan.

Kalau kita yakin mampu untuk bersama dia di kala susah dan senang. Mengapa tidak pertahankan hubungan tu. Kecualilah Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kita. Cinta sejati boleh menerima seseorang walaupun hidupnya tak seperti yang dibayangkan. Manusia tak sempurna kan :)

Sunday 18 November 2012

Korang yang mana satu ni?


Perempuan Gaduh Rebut lelaki.

Ade kah sebab kepupusan sang lelaki buat yalls rasa ter desak dan ter himpit. Atau bergaduh tu perlu tuk dapatkan sorg lelaki je? rata2 yg bergaduh rebut jantan ni bkn la perempuan yg x cun, mmg cun (Cun Sikett larh!).tapi sayang MERENG otak nye! lelaki yg yalls rebut tu bukan la hensem mana pun. Lelaki yg kurang kualiti. Sorry to say larh .. memang obvious la kan, yalls gaduh perang mulut sume dan dia x buat apa2. lagi rasa bangga. OKAY!,dayus! lebih baik yALL's berpakat baik2 tinggalkn je mamat cam tuh~

Lelaki Suka Berebut Perempuan Yang Daa Dimiliki.

Mesti ada diantara yalls yg pernah rasa kes macam ni kan. Bajet cun laa (off course larh time ni terase cun sangat) sbb ada 2 lelaki suka pade masa yg sama. haha! OKAY!, mgkin yalls Hot Setuff. Lelaki yg macam ni selalunya lelaki yg ada rupa atau duit. Konon kuasa di tangan lelaki. POYO SANGAT! bukan x de perempuan lain, tapi suka cantas Gilepren orang lain sebab rasa diri tu daa cukup bagus. Erti lain, Hot Markett. eeeiiyuuuh ! -.=

Berebut Sorang Lelaki dan Bersaing Secara Sihat Tuk Dapatkan Seorang Gadis.

Jalan penyelesaian untuk perempuan adalah main tarik rambut atau perang mulut bagi yg ada akal sikit?kalau semua perempuan mcm tu habis la dunia.. lingkup! Sepatutnya yalls tarik rambut si lelaki tu. Miang sangat x tahu nk bt pilihan. Lelaki yg ada ciri kepimpinan harus la bijak buat keputusan. Bknnya blur x tahu nk pilih yg mana 1.so gadis2 sila abaikn lelaki yg x tahu nak buat keputusan ni.! Mmg korang ada hak nak memilih. tapi malu la kan perempuan rebut lelaki beb? what happens!

"Best man will win".
Lelaki berhak memilih gadis pilihan hati. Same ade dia kepunyaan orang lain atau single riang ria.
Bukan nk menggalakkan. Tapi seeloknya jgn la cantas awek orang yer !
Kalau jadi cinta 3 segi, bersaing la secara sihat. Maksudnya cuba memenangi hati si gadis walaupun dia daa berpunya. Melainkn dia daa ada ikatan yg sah, tunang atau isteri orang. Yela..
kadang2 walaupun dia daa berpunya, mungkin kite rasa kite ni lebih layak dan menghargai dia. Konon bole buat dia lagi bahagia la kan. so x salah bersaing secara sihat. Jangan main bomoh da ler..+_+
Tapi perempuan KAU kalau daa ada pakwe yg baik dan bertanggungjawab
jangan la menggatal dgn lelaki lain pulak.
#cakaptukdirisendiri

Friday 16 November 2012

Kes sailang menyailang


 kes sailang 1 
situasi: bila masa yall jatuh cinta semula dgn ex yg yalls sendiri buang.
ok ini musibat.selalunya lelaki la yg bt.dlu masa dunia bagai yalls yg punya. yalls bazir2 je kasih syg pasangan sendiri. dan skrg bila ex yalls bahagia dgn laki lain,sibuk pungpang pungpang nk ex tu balik. itu sume kes yalls tak reti bersyukur.
 kes sailang 2 
situasi: jatuh cinta dgn makwe/pakwe org lain.
benda ni sama je dgn situasi 1.bezanya dia x ada kne mengena dgn yalls.mmg mak bapak dia x kesah,sape sape pun lg la x kesah. cuma cara kita kene betul. kalau rasa lagi kacak (sgt), beriman (sgt) dan terlebih kasih syg sampai ter tumpah2. hahaha.so bole la cuba sailang eh. ^.^
 kes sailang 3 
situasi: yalls ade makwe/pakwe, tapi yalls bole tersuka kt kwn dia.budak tu plk da ada couple,tp suka kt yalls.
ini kes tamak.da ada org lain,dan nk ada lg.mgkin stok hot sentap je dpt kes ni.takpun pesen yg rupa takde,tp duit ada.Tapi kadang kita tak bole salah kan dia.kot mgkin pasangan dia bkn seperti dia mahu?ceh..nk sedapkn hati.org kata 'selagi belum kawen,sy available'. Hoho
 kes sailang 4 
situasi: dia single,dan yalls pun single.tapi dia femes dan yalls biasa2 aje.
contoh Hot Seetuff dgn si mamat yg mmg tak dapat di kenal pasti mane kemunculan die. keje pun cume menukang, Hot Setuff lak model seluar dalam. si mamat ni suka kat Hot setuff ni n' same gak laa pasaan nan Hot setuff ni. tapi hot setuff ni lak pesen memilih.even si mamat ni ada rupa (sikit larh~), ada duit (hasil keje menukang), tapi tak femous'S cm Hot Setuff ni.Macam ni ape motif ler plak (tak tahu larh!) -.-"
 kes sailang 5 
situasi: dia tak kenal yalls,tapi yalls gila semacam. HAHA!
pesen syok sendiri ni kadang payah jugak nk handle.org lain tak bole nk lebih.konon itu dia punye. Capek ni dapat pasangan gini !.. :/ yg gila camni selalunya bukan tak comel, (tapi mybe gak la kurang comel) haha! ehmm.. kurg kasih syg kort .contoh la, penah dgr tak ayat ni "Saya kenal die, die saya punye ! jangan rampas dia" -.- btw, yalls ade yang cam ni ke? HAHA ! funny

Wednesday 14 November 2012

Tahukah Anda?


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Monday 12 November 2012

Ayat untuk mengayat


01. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati .. 

02. Andai kau dapat melihat hatiku, Andai saja kau dapat membaca fikiran, Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku, Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku, Cintailah aku dengan kesungguhanmu

03. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

04. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

05. Hello..Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!

06. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

07. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

08. Luahan Cinta Ibarat Kentut, ditahan sakit, dilepas malu, dah keluar..fuhhh! Lega!!!

09. Jika kau hidup sehingga 100 tahun, aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..

10. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.

11. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

12. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

13. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

14. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

15. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

16. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

17. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…

18. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

19. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

20. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

21. Cintaku bukan ibarat kertas, Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu… 

22. Jika mencintaimu satu kesalahan..biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..

23. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

24. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku.. 

25. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!

26. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

27. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, Air mata kerana kekasih 1penyesalan, Air mata kerana Allah 1 keberkatan.
Sumber

Saturday 10 November 2012

10 fakta 0besiti


Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan. Jom usha!

1. Kajian kesihatan global mengesahkan stress (tekanan) dan kurang tidur merupakan punca utama obesiti.

2. Pusat perubatan Universiti Duke mendapati bahawa wanita dan lelaki yang kehilangan 10 peratus jumlah berat badan mereka, akan berlaku peningkatan yang ketara dalam kualiti kehidupan ranjang.

3. Kajian kesihatan global mendapati obesiti merupakan pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau (rokok).

4. Kajian kesihatan percaya obesiti mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata selama 7 tahun.

5. Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia.

6. Hampir 30% (43 juta) pesakit obesiti di seluruh dunia terdiri dari kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.

7. Paul Mason, 48 tahun dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kg.

8. Mississipi merupakan negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kenaikan dewasa paling ramai mengalami obesiti sebanyak 25%. Ini kerana Mississipi terkenal dengan pelbagai jenis makanan ringan yang enak seperti pie, sweet potato crunch, dan udang goreng.

9. Kajian mendapati 35% daripada pengambilan kalori harian kita berasal dari makanan di restoran terutama fast food.

10. Beberapa syarikat penerbangan dunia telah membelanjakan $275 juta untuk 350 juta gelen tembahan bahan api antara tahu 2000 hingga 2001. Peningkatan bahan api ini adalah semata-mata untuk menampung berat tambahan penumpang yang semakin ketara (penumpang obesiti).

Thursday 8 November 2012

Cerita di sebuah pasar


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tuesday 6 November 2012

Cara nak berhadapan nan hantu


Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Saturday 3 November 2012

Wanita dan bahasa berlapik

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? 
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. 
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. 
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi. 
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. 
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... 
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? 
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. 
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. 
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Thursday 1 November 2012

nurkilanHati dari Fazley Meloy

kitakah itu
dilahir sebagai dua senjakala.....
yang berada di daerah yang berbeza..
Namun hatimu adalah hatiku...
rasa ku adalah rasa mu...
gerak gaya dan kemahuan ku...
adalah gerak gaya kemahuan mu..
kitakah itu....
adalah dua insan menjadi satu.....
meski jarak yang sering cemburu.....
namun hatiku teguh mencintaimu...
aku yang disini...
tegar menanti.....
kepulanganmu di sisi...
mengubat rindu di hati...
itulah kepercayaan....
bahawa jarak bukanlah halangan...
tapi tonik kepada pertalian...
agar ia terus berkekalan.....

"semoga tiada pengkhianatan di atas kepercayaan yg kusandarkan harapan"

= thankS GEMOK^.^