Monday 30 April 2012

Gelagat Cikgu&Anak Murid Tadika

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..
 "Ada 3 ekor burung di atas pokok..
 Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?" Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
 "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
 "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
 "hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..
 Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi
 Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, .. "Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?".. Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot..".. "Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..
 hehehe... mat mat

Saturday 28 April 2012

Fakta Menarik Mengenai Wanita

 Berdasarkan kajian yang aku sendiri kaji ikut perkembangan wanita sekeliling aku.
aku dapati beberape persamaan cinta wanita nie..
Antare beberape fakta yang dapat persetujuan majoriti adalah :,
Paras rupa
Ramai wanita yang memilih lelaki yang mempunyai paras rupa yang tidak terlalu hensem. Kebanyakan memilih diparas sederhana sahaja. Alasan utama yang diberikan adalah kerana untuk mengelakkan persaingan. Selain daripada itu, wanita juga lebih gemarkan lelaki yang mudah untuk memberikan senyuman berbanding seorang yang bermuka bengis/garang. Mempunyai persamaan dengan ayah mereka
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa ramai wanita gemar memilih lelaki yang mempunyai sedikit persamaan dengan ayah mereka. Persamaan tidak semestinya hanya berbentuk fizikal, ia juga mungkin dari segi cara percakapan, layanan, lenggok tubuh atau sebagainya. Terlalu metroseksual
Lelaki yang terlalu metroseksual kebiasaannya akan lebih bersifat lembut. Ini menjadikan seseorang wanita berasa kurang selesa terhadap mereka kerana sifat tersebut lebih sinonim dengan wanita itu sendiri. Lelaki seperti ini kebiasaannya mudah didampingi oleh wanita, tetapi untuk suatu perhubungan yang lebih serius, ia agak sukar.
Adetambahan tak ?!@#$ Hehe~


Friday 27 April 2012

Tanda Si Jejaka Jatuh Cinta

y'all sepatutnye mampu untuk mengesan bile lelaki jatuh cinta ngan sedikit pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Nie kerana mereka akan meninggalkan tanda yg ketara tuk meluahkan perasaan mereka walaupun tanpa kata2.  Antare tanda2 sekiranye si lelaki jatuh cinta ialah :(1) Senyuman yang lebar (terlalu banyak senyuman yang diberikan)
(2) Mereka gelak ngan lawak si pujaan hati. (walaupun lawak yang di sampaikan sebenarnya tidak lawak)
(3) Mereka pertahankan si pujaan hati nie dari orang lain. (4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan nyer. (5) Mereka merenung y'all secara sembunyi. (6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan berdua. (7) Mereka gemar untuk menyebut nama si pujaan hati mereka. (8) Mereka memanggil dengan nama gelaran yang manja. (9) Mereka akan sering mengajak keluar. (10) Mereka akan menelefon atau mesej setiap hari. (11) Mereka akan berperwatakan lebih matang n menghormati orang lain apabila si pujaan hati nie berada dihadapan mereka. (12) Mereka akan memuji penampilan. (13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi si pujaan hati adalah yang pertama mereka akan lihat. (14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya. (15) Mereka bertanyakan rakan yg mengenali n' mengajukan soalan mengenai si pujaan hati nie. (16) Mereka bertanyakan pandangan si pujaan hati mengenai lelaki lain. (17) Mereka meminta nasihat si pujaan hati nie mengenai wanita lain. (18) Mereka mengingati semua perkara dengan nyer.(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri si pujaan hati yang sebenar

Wednesday 25 April 2012

Hati Ku Kini Untuknya

Kini kenyataan yg kau berikan menggugah rasaku padamu
Tidak terlintas dihati ini untuk mempermainkan mu
Sejujurnya hati ku telah berpaling kerna sikapmu
Teringat satu nama di ketika aku kesedihan olehmu
Teringat satu hati yg pernah aku lukai saat ku kecewa
Teringat satu cinta yg setia menanti di kala aku merasa keseorangan
Dalam hati kupanggil namanya
Walau ku tahu dosaku besar padamu diketika itu
Semoga kau memaafkan kesalahan ku
Merelakan aku mencarinya untuk membina istana bahagia
Kesal ku kerana silap ku
Maafkan aku yg telah meningalkan mu kerana nya
Tidak ku bisa mengagak dunia apa akan jadi padaku nantinya
Namun ku telah berserah
Aku sanggup mengharungi liku liku duri yg ku hadapi besok hari
Getaran dihatiku kini untuk dirinya telalu dalam
Maafkan aku mengenetepikan rasa simpati yg ada dalam hati ini
Aku rindu di awal percintaan kita dulu
Itu kerana aku masih terasa dihargai, tapi tidak kini
Aku rindu belaian sayangmu di awal pernikahan kita
Itu kerana aku masih terasa aku berharga bagimu,
tapi tidak kini
Telah aku bawa segala kekecewaan dan kesedihan
Sakit ini telah sekian lama terpendam
Aku memerlukan mu untuk membina bahagia ku
Tapi bukan untuk kali ini,
Maafkan aku menyakitimu
Ini kerana aku tidak sanggup menahan sakit di hati lagi..
Aku akan pergi jauh dari hidupmu
Dan aku berharap kau tidak muncul untuk aku mengingati mu lagi.
Salam perpisahan

Monday 23 April 2012

Melepaskan Adelah Yang Terbaik

Sia sia kita mencoba bertahan
Kerana kita tetap terjebak di lingkaran keegoan
Yang tiada kesudahan dan tanpa kesudahan
Prinsipku Sifatku Kehormatanku
adalah yang harus utama padamu
Prinsipmu Sifatmu Kehormatanmu
telah ku sanjung tinggi

Namun,
Sedarlah betapa luasnya kesabaran yang ada pada hatiku
Masih terselit  had kesabaran disudutnya
Jika masa tiada lagi untuk ku
Jika kebahagiaan tidak lagi menyebelahi ku
Jika kepujian untuk wanita lain terungkap ditelinga ku
Jika impian bertukar kekecewaan
Jika hasrat tak lagi menggebu saat bersamaku
Jika maaf mu  tak mampu leburkan keras ku
Dan jika senyum ku padamu mulai palsu untuk menutupi sedihku kini

Dengan segenap sesal atas keputusan ku hari ini
Tolong lepaskan aku,
Maafkan aku

Saturday 21 April 2012

Hati Kecewa Menemani Airmata

Duhai hati yang ku sakiti
Cubalah kau rasakan airmata ini
Sanggupkah kau menemani aku
Dan
Merasakan sakit ku
Aku ingin engkau tahu
Di ketika ini aku benar benar merasa kau ada
Bayangan mu menghantui ku kini

Bisakah kau menjawab pertanyaan ku
Masihkah ada aku dihatimu?
Adakah aku masih diperlukan dalam hidupmu?
Apakah semua ini hanya mimpi buruk untuk ku
Maafkan aku telah menyakitimu
Hati ini menangis keranamu
Kini aku ditemani airmata hati
Perasaan bersalah ini menghantui ku
Berdosakah aku melepaskanmu dan memilih kebahagiaanku
Sesungguhnya aku keliru
Tanpa kepastian bahagia
Aku pergi meninggalkan mu
melepaskan kehidupan kita
mengingkari tanggungjawab yang telah dijanjikan
Tiada seorang pun yang mengetahui
Kesedihan yang ku lalui
Hanya aku dan masa yang merasai
Kesedihan yang ku kaburi dengan senyuman
Hati merintih kecewa yang hanya setia menemani 
maafkan aku

Thursday 19 April 2012

Diari Seorang Wanita

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri
 "Apelah awak ni....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
 Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
 Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
 Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
 Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
 "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
 Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
 Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.
 Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
 Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.
 "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
 Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
 Assalamualaikum.
 Abang,
 Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ni
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
 Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
 Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
 Ikhlas dari
 Nur Nisa
   Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.
 Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
 Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa.

Tuesday 17 April 2012

Percaya Akan Kebenaran

Apakah benar manusia dan kehidupan
Mereka yang mencari cari kepastian
Lidah yang tidak bertulang petah bicara harapan
Tapi jauh di sudut hati telah lari dari kebenaran

Wahai manusia
Siapa kah kamu berjalan di atas duri
Pasti merasa sakitnya kaki
Begitulah dunia yang tercipta hari ini
Setiap manusia akan melalui

Detik waktu akan pergi meningalkan hari ini
Walaupun hampir pada kiamatnya dunia kini
Maksiat tidak akan pudar hingga hari ini
Jika pendakwah menyesong kan Alquran
Setengah manusia mengaku Nabi

Ini adalah kerana kamu wahai manusia
Yang mengila mencari nama
Yang harta direbutkan tak kira hak siapa
Yang maksiat pula bermaharajalela
Siapa “Dia” mukmin di dunia

Lidah mudah menginsafi
Tapi hati mendusta setiap hari
Mari lah membawa kaki melangkah menuju illahi
Kenanglah kehidupan untuk diri sendiri

Wahai manusia mengaku diri suci bersih
Lihat dan cerminlah diri sendiri
Adakah kamu sebaik nabi
Berkorban demi agama sendiri
Atau mencipta agama sehingga mensyirikan illahi
Renungilah akan kehidupan yang sementara ini

Sunday 15 April 2012

Puisi Mimpi

Hidup bagaikan mimpi ngeri
Aku mencari kepastian takdir
Tatkala liku liku hidup ku ini
Menempuh rintihan ilusi
Aku berdiri disini
Tercari cari di manakah
Mimpi yang indah dalam bahagia
Mimpi yang bercahaya dalam kesempurnaan
Terserlah kilauan tujuh warna pelangi
Ditambah kekuatan  bulatnya mentari
Indah kenangan yang pernah ku lalui
Tapi aku
Masih lagi berdiri disini

Mencari dan mencari
Di ketika manusia asyik bermimpi
Nafsu kedengkian menghasut diri
Bekalan amalan hari tua ditolak tepi
Megah dapat saling membenci sesama diri
Pudarnya agama
Gugurnya akidah
Hancurnya hati suci

Layak kah aku disini?
Bersama sahabat yang mengaku sejati
Mana pergi janji dan nilai murni
Wahai sahabat

Lupakah kamu akan kebesaran ilahi
Mencipta ruang pelbagai dimensi
Mencucuri rahmat dengan rezeki
Ditambah rahmat hidayah dilimpahi
Dan aku berdiri disini
Masih disini
Kerana

Tidak perlu mencari lagi
Kerana itulah destinasi
Ikutan generasi masa kini

Friday 13 April 2012

Perempuan Perasaan Cantek

Berkali-kali farah berpusing-pusing di depan cermin besar.Lima enam tujuh lapan, sembilan kali! Pun masih belum puas hati.Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki,Tercari2 kort2 masih ade yg tak kena ngan penggayaan sakannye petang itu. "Okey la nie, dah cukup cantik ape?!" farah bersoal dan berjawab sendiri. "Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah."Farah dengan bangge dlm hati sendiri.

Selama nie pun farah selalu dengar pujian tentang dirinya.Di pondok menunggu bas, dalam bas, dalam pejabat.Bole dikatekan mane je dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya.Farah tao tu. Farah faham tu. Farah seronok begitu!Cuma mujurlah farah tak mudah cair ngan segale pujian murahan tu.Barang baik mesti berharge tinggi, tu kena jaga.Begitu pegangan farah. Dan sebab tulah, kalau setakat penungang motor kapcai or pegawai pekan, farah pandang tutup mate."Apa klasss diorang tue?"
Namun demikian setelah kehadiran hafis sepejabat dengannya,pegangan hidup farah mulai goyah. Second bosnya itu benar2 membuatkan farah jadi sesuku angau.Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki,tetapi kepada hafis sengihnya melebar nampak gusi.Keramahan sapaan farah pade hafis terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain.Tapi farah pedulik ape, HERAN PLAK!. Targetnya hanya satu,HAFIS!

Katalah ape nak kate. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua farahbuat selamber jerrr. Selambe Dog! Pada farah dia yakin sangat2 diatidak bertepuk sebelah tangan, hafis jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk hafis ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat farah pasti!
"Malam ini u ada free tak? Kalu boleh, I nak ajak u dinner!"begitu lama farah menanti pelawaan sebegitu.Pelawaan dari hafis yang selama ini tak pernah lepas dari benak farah.Bagaimana mesti farah jawab,kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betine bilaberdepan dengan yang jantan.Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,farah bersiap habis. Dadanya tak berhenti dug-dag-dug- dagmenantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannye tu.Hafis! Hafis! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis farah. Dan apabila deru kereta hafis memasuki laman rumah sewanya, farah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
hafis tersengih segak menanti, sedang farah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum farah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta hafis. Cuma sayang senyum farah tu tak kekal lame. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yg menguntumkan senyum tu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah farah cukup kelat sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, farah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta hafis yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali hafis berpusing-pusing di depan cermin besar.Lima enam tujuh lapan, sepuluh kali!Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung kata-kata berbisa hafis di telinga."U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u,cuma yang satu kurang gemar.bulu idung u terkeluar. Geli i tengok !."
Pelan-pelan farah meraba hidungnya...!@#$%!!
Moral : Mana ada manusia yang sempurna.. ^.^
JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG
Wuahahahahahhahaks !

Wednesday 11 April 2012

Kisah SuamiIstri Mandi Bersama

Laila dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering..ring ..ring..ring...Maka si laila terus membungkus tubuhnya dengan tualadan berlari kebawah untuk membuka pintu.
Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata" Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."
Laila menjawap" tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"
Robert terus dengan ghairahnya menjawap" Ohh laila,u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera,jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan?"
Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka laila menanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..
"WOW"
Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada laila untuk menanggalkan kesemua tualanya!
"kenapa tidak"balas laila"itu ganjaran yang amat lumayan"dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!
Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada laila tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan 'menembak'.
apabila laila kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya" Siapa yang membunyikan lonceng pintu?"
"Jiran kita, Si Robert"Jawap laila
"Robert?"Tanya Suaminya"Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjamdari saya tempoh hari?"
laila :!@#$%^&

Monday 9 April 2012

Sunyi Itu Sepi

Sepi itu sepasang daun pintu
membuka luas ruang fikir
bersama air bersih membasuh mata kelabu
mencari buah jujur di pohon kebenaran

Sepi itu mengasah tajam sepasang telinga
mendengar hikayat si bunga hati
tiada dusta atau apa apa
wangi atau busuk rela dihidu

Sepi itu penggerak langkah pertama
ke perjalanan yang jauh
menyusuri lorong selamat untuk sampai
memeriksa bekal mengisi tabung hayat

Sepi itu penyuluh di gelap malam
bulan penuh bintang bertabur
jalan berliku nampak lurus jelas
cahaya iman cerah memancar

Sepi itu membuka gedung ilmu
mencanai akal mencabar bijaksana
banyak soalan minta dijawab:
lebar payung langit…
di mana tiangnya?
pasang surut air di laut bersilih ganti..
di mana mesin penggilirnya?
siang malam ombak memukul pantai…
kenapa tidaK pernah bercuti?

Sepi itu sekuntum mawar
mengharum taman hati dua Cinta
membina jambatan hubungan suci
menyambung rindu dari benua ke benua

Sepi itu sehelai kain sutera
lembut halus pakaian jiwa

Saturday 7 April 2012

Cerita Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Hatiku berkata cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
TAMATLesson learn nye kat sini,buka leerRRRR hadiah tuu dulu.. hihihee



Thursday 5 April 2012

Nurkilan A.Samad Said

Debar
Keriangan baginya sudah ke puncak
Ke puncak di bawah bulan
Kesedihan baginya sudah meledak
Meledak membarai awan

Jeritan baginya cerita durhaka
Durhaka puaka berbaka
Bisikan bahinya cerita setia
Setia pewira perkasa

Pendirian baginya debaran di dada
Di dada tiada berwarna
Keyakinan baginya ketaran di jiwa
Di jiwa tiada bernada

Segala baginya kekalutan malam
Malam sehitam malam
Segala baginya keraguan tajam
Tajam seseram tajam

Kemana kaki terpaksa dilangkah
Dilangkah bersama ucapan
Dimana hati terpaksa diraba
Diraba bersama semboyan

Pemimpin lagunya dimasa bersenda
Lagu selalu merdu
Pemimpin lagunya di masa bekerja
Lagu begitu sayu

4 Ogos 1958

Tuesday 3 April 2012

Rahsia Perhubungan Bahagia

Kat sini ade rahsie siket untuk kebahagiaan dalam hubungan rumahtangga. Bukan mudah nak mengekalkan sesuatu kebahagian dalam rumahtangga. Nie kerana ia melibatkan 2 perasaan yg memerlukan pengorbanan yg banyak untuk membahagiakan diri sendiri dan juga pasangan.So, untuk mengekalkan hubungan tu tejalin bepuluh2 tahon lamanye tok kekal bahgie? bace dengan teliti dan try,
inshaAllah menjadi^.^
(1) 
Kejujuran-Faktor nie adelah merupakan aspek penting dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. kebiasaannya, pasangan yg rase teraniaya or dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yg telah dilakukan. Masalah nie akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan didalam sesuatu hubungan.^.^
(2) 
Hormat-Semua manusia yg hidup di muka bumi nie suke apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri n' isteri  menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati nie menebal dalam diri, confirm takde masalah untuk mengekalkan kebahagiaan.^.^
(3) 
Cinta-Bile sebut soal cinta, ia satu perkare yg subjektif yg sukar untuk diterjemahkan. Cinta mungkin boleh disame ertikan ngan pengorbanan. Sekiranye y'all seriesly mencintai pasangan, dah tentu y'all sanggup berkorban demi kebahagiaan mereka rite?. Kebahagian yg pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.So, fikirlah. ^.^
(4) 
Sabar-Sifat pemarah o' panas baran merupakan faktor utama yg menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. y'all perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu ngan pertimbangan yg waras n' bukannye apabila dipengaruhi oleh emosi taw. ^.^
(5) 
Komunikasi-Mesti y'all setuju bile bie cakap lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan y'all meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yg merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain. berdiam ade lebih baik. ^.^
(6) 
Memahami-Bile isteri y'all seorang yg pemarah o kuat merajuk like bie, hehe.. y'all must be patient. Bukannye y'all ikut sekali nak baran.. NOPE okey! Bile y'all dah paham perangai pasangan sendiri. ia bemakne y'all mampu untuk betolak ansur n memahami pasangan dalam ape jua situasi sekalipun.  Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumahtangga okey.

Sunday 1 April 2012

Ketabahan Seorang Ibu

Suatu hari ade seorang ibu ni naik perahu layar dari tempat tinggalnye ke seberang untuk menjenguk anaknye yg sedang menuntut ilmu.
Ditengah perjalanan,
tibe2 ombak yg sangat ganas menghempas perahu sehingge perahu tu dah tak tentu arah disebabkan badai yg datang tu.
Kejadian itu berlaku menyebabkan semua penumpang menjerit ketakutan,
kecuali si ibu ni hanya duduk dgn tenang sambil bibir terkomat kamit.
Penumpang lain dah macam anak kutu yg berlarian,
Ade yg berebut pelampung disebabkan pelampung xcukup
dan ade juga yg dah terjun ke air untuk berusaha berenang cari tepian pantai yg tidak terlihatkan. Namun,
Anak kapal tetap berusaha mengendalikan perahu layar tersebut semampunya dengan harapan penuh,
berharap agar perahu tak terbalik dan tengelam.
Ade seorang anak kapal memerhatikan sikap si ibu ni,
dan kemudian anak kapal ni menegur:

Ibu, apa yang sedang engkau lakukan, mengapa ibu diam saja dan tidak berusaha untuk menyelamatkan diri?!@#$

 Si ibu memandang anak kapal itu dengan senyuman ikhlas dan tenang dan dia berkata:

apakah yang dapat aku lakukan disaat seperti ini?!@#$

Anak kapal menjawab:

Ibu pergilah cari pelampung bersama dengan penumpang yang lain.

Si ibu bertanya lagi:

Adakah dengan keadaan aku yang sedemikian ini akan mampu berebut pelampung atau mampu bertahan untuk berebut  pelampung itu..?
Apakah kapal ni tidak lebih besar dari pelampung itu untuk tempat berteduh dan berlindung?!@#$

Lalu sang awak kapal menjawab:

ibu, kapal ini akan tenggelam, dah terlalu banyak air laut yang masuk” 

Kemudian si ibu menjawab:

Aku sangat berbahagia untuk tetap tinggal di kapal ini,
karena pelampung itu belum tentu sampai ke daratan yang akan kita tuju.
karena mereka tidak akan kuasa menentukan arahnya,
Tapi Jikalau Tuhan mengijinkan kapal ini bertahan, maka akan sampailah kita ke daratan tujuan kita dan aku akan bertemu dengan anakku yang kucintai yang sedang menungguku disana”. 

Si anak kapal confius dan kembali bertanya:

bagaimana sekiranya kita tidak mampu untuk meneruskan perjalanan dan kita putar haluan untuk kembali?!@#$

si ibu menjawab:

aku juga akan berbahagia, karena aku akan kembali berkumpul dengan suami ku yang sedang menunggu ku di rumah.

Anak kapal bertanya lagi:

”Bagaimana kalau kapal ini tenggelam dan kita akan mati ditelan ombak badai?!@#$” 

si ibu kembali menjawab dengan  tenang dan senyum:

aku juga akan tetap berbahagia, karena aku akan bertemu dengan anakku yang telah lama pergi menghadap Allah S.W.T”. 


Saat tu anak kapal tadi baru sedar ternyata ketabahan ibu itu sungguh luar biasa,
lalu dengan tangan yang lembut ia memegang si ibu tua itu untuk masuk menuju ruang anak kapal serta berkata:

” Terimakasih Ibu, engkau telah memberiku pelajaran yang sangat berharga, bahwa hidup harus dihadapi dengan ketenangan jiwa dan terutama penyerahan diri kepada Allah S.W.T”