Saturday 28 April 2012

Fakta Menarik Mengenai Wanita

 Berdasarkan kajian yang aku sendiri kaji ikut perkembangan wanita sekeliling aku.
aku dapati beberape persamaan cinta wanita nie..
Antare beberape fakta yang dapat persetujuan majoriti adalah :,
Paras rupa
Ramai wanita yang memilih lelaki yang mempunyai paras rupa yang tidak terlalu hensem. Kebanyakan memilih diparas sederhana sahaja. Alasan utama yang diberikan adalah kerana untuk mengelakkan persaingan. Selain daripada itu, wanita juga lebih gemarkan lelaki yang mudah untuk memberikan senyuman berbanding seorang yang bermuka bengis/garang. Mempunyai persamaan dengan ayah mereka
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa ramai wanita gemar memilih lelaki yang mempunyai sedikit persamaan dengan ayah mereka. Persamaan tidak semestinya hanya berbentuk fizikal, ia juga mungkin dari segi cara percakapan, layanan, lenggok tubuh atau sebagainya. Terlalu metroseksual
Lelaki yang terlalu metroseksual kebiasaannya akan lebih bersifat lembut. Ini menjadikan seseorang wanita berasa kurang selesa terhadap mereka kerana sifat tersebut lebih sinonim dengan wanita itu sendiri. Lelaki seperti ini kebiasaannya mudah didampingi oleh wanita, tetapi untuk suatu perhubungan yang lebih serius, ia agak sukar.
Adetambahan tak ?!@#$ Hehe~