Thursday 4 October 2012

Masih Sendiri Mencari Hati

Saat hati ini melayang
sepucuk cinta hadir
Untuk melakar benang-benang kasih
melayang mencari sebatas mimpi

Adakah cinta itu akan datang?

Ku menanti sehingga bulan dan tahun silih berganti
Hanya untuk soalan itu
Ku tak sesali apapun yang terjadi
hingga suatu saat kita harus sedari
Bahwa kita adalah sebuah sebuah cermin
Yang hanya bisa dilihat tanpa di rasakan

Kerana sendirian bererti mempelajari isi hati
Kerana sendirian bererti merelakan suatu pengorbanan
Kerana sendirian adalah dunia sepi
Kerana sendirian adalah kejujuran hati
Kerana sendirian adalah keikhlasan
Menerima apapun yg terjadi

Kurelakan semua
kumiliki tuk kulepaskan rasa ini
Aku memiliki rasa penantian
Penantian yang panjang
Untuk sebuah rasa
Rasa dihati