Thursday 7 June 2012

Saat Ku Tersungkur

Kesekian kali
Kau buatku tersungkur airmata tak terhentikan
Bahagia kah kau menyeksa hati ini
Hanya kerana aku bertanya
Apa yang membahagiakan hidupmu ?
Akan kulakukan untukmu

Namun jawapan yang kau berikan
Tanpa memikirkan hancurnya hatiku
Kau ingin berpisah

Tapi apa daya  diri ini
Keputusan yang kau beri membuatku
Menangis dalam setiap malamku
Sayu dan pilu bermain dijiwaku

Kini kusendiri bersama bayang-bayangmu
yang telah berlalu meninggalkanku
akhirnya tinggal goresan luka yang tersisa
kuhanya mampu tunduk dan membisu

Nasib diri ini hanya untuk permainan cinta
Aku mencuba melupakanmu

Agar tangis ini tak lagi untukmu
Semoga kau temukan kebahagiaan disana
Bersamanya lalui dunia

Kini ku meniti hari bersama sepi
Sahabat yang tidak pernah mencuba menjauh
Hanya akan hilang bila hadirnya pegantimu

Kini ku larut dalam pencarian terakhir
Kuyakin Tuhan bersamaku