Friday 30 March 2012

Adakah Kau Mengingati Ku

Masih ingatkah sapaanmu saat dulu kala?
Masih ingatkah saat kita berdua saling berbagi?
Di penghujung jeti
Dihati ini masih segar saat kamu memintaku untuk menjadi bagian dari kamu
Masih ingat sekali saat pertama kali aku mencium pipimu
Aku masih bisa rasakan kelembutan pipi itu
Pipi dari lelaki yang sebelumnya tidak pernah menyentuh wanita
Masih segar kenangan kita
Pelukan kamu saat bersamaku
Pelukan yang menunjukkan kamu tidak sanggup kehilanganku
Pelukan yang bisa menghapuskan kesedihanku
Dan kucupan mu masih membekas di dahi dan pipiku
kecupan kecilmu saat kamu menenangkanku
ingatkah?
hanya dengan cara itu aku bisa diam
hanya dengan cara itu aku bisa bertahan
dan kamu sangat tau rayuan mu mampu
melemahkan aku yang sedang dilanda cemburu
Sekarang dimana?
Bagaimana dengan kita?
Aah sudahlah !
Mereka kata aku tak layak untukmu
Aku bukan wanita yang baik
Aku bukan perempuan yang boleh jadi isteri solehah
Kini kita telah berpisah
Bisakah kau memberikan jawapan untuk soalan yang selama ini mengangguku
Saat kamu membaca rintihan hati ini
Adakah kamu akan mencintai aku seperti aku mencintaimu lagi?
Apakah kamu akan merindukan aku seperti aku merindukanmu kini?
Dan layak kah bila aku menginginkan mu kembali?
Dimana saat pintu hati yang pernah aku kunci rapat
Dan kamu membukanya

Wednesday 28 March 2012

Kunci Kebahagiaan

Kehidupan ini terkadang mencemaskan kita dalam erti kata mencari kebahagian. Namun ada kunci kebahagiaan yang perlu kita cari dan lakukan sehingga hidup ini menjadi lebih ceria dan selesa.
Ini adalah tips untuk mencapai kebahagiaan :

KESIHATAN
1. Minum air yang banyak.
2. Makan pagi seperti seorang raja, makan tengah seperti pangeran dan makan malam seperti pengemis.
3. Utamakan makanan yang berasal dari tumbuhan dan kurangkan makanan yang dihasilkan dari kilang.
4. Hiduplah dengan 3 E iaitu Energy, Enthusiasm dan Empathy.
5. Sediakan waktu untuk berlatih meditasi, yoga dan berdoa.
6. Main banyak game. ( tidak pasti :)
7. Lebih banyak membaca berbanding tahun sebelumnya.
8. Duduklah dalam keheningan minimal setiap hari 10 minit.
9. Tidurlah selama 7 jam.
10. Ambil 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Lakukan itu sambil tersenyum.

KEPERIBADIAN
1. Jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain.
2. Jangan punya pemikiran negative yang tidak boleh anda kendalikan. Lebih baik laburkan pada hal-hal yang positif.
3. Jangan terlalu berlebihan. Ingat batasan yang ada pada diri anda.
4. Jangan terlalu serius. Tak ada seorang pun yang melakukannya.
5. Jangan menghabiskan waktu anda untuk gossip.
6. Lupakan hal yang telah lalu. Jangan mengingati kesalahan pasangan di masa lalu, yang menghalang kebahagiaanmu di masa akan datang.
7. Hidup ini sangat pendek untuk membenci orang lain. Jangan membenci.
8. Berdamailah dengan masa lalumu sehingga itu tidak merosakkan masa depanmu.
9. Tidak ada yang bertanggung jawab atas kebahagiaan anda selain diri anda.
10. Sedarilah bahawa hidup itu adalah sekolah dan anda hadir di dunia untuk belajar.
11. Senyum dan tertawalah sebanyak mungkin.

SOSIAL
1. Bicaralah dengan keluarga sekerap mungkin.
2. Setiap hari berilah sesuatu yang baik kepada orang lain.
3. Maafkan setiap orang untuk segalanya.
4. Berikan masa untuk mereka yang berusia diatas 70 dan dibawah 6 tahun.
5. Cubalah memberi senyum kepada paling sedikit 3 orang setiap hari.
6. Apa yang difikirkan oleh orang lain bukanlah urusan anda.
7. Pekerjaanmu tidak akan memperdulikan ketika anda sakit. Tetaplah menjalin hubungan dengan teman-teman.

KEHIDUPAN
1. Lakukan perkara yang benar.
2. Apapun situasi yang kita hadapi, baik atau buruk, hal itu akan berubah.
3. Tak peduli apa-apa yang anda rasakan, bangunlah, Berdandanlah dan tunjukan dirimu.
4. Ingatlah, yang terbaik pasti akan datang.
5. Jika bangun di pagi hari, bersyukurlah kepada Tuhan.
6. Bersikaplah selalu gembira dan ceria.

Monday 26 March 2012

Ape Erti Sebuah Kehidupan

Berape umur y'all saat nie?!@%
25 tahun, 35 tahun, 45 tahun atau bahkan 60 tahun...
Berape lame y'all daa lalui kehidupan sehingga kini?!@%
Pernah terlintas x,,
Berape lame lagi sisa waktu kite tok teruskan kehidupan?
tapi, sayang~
tade sorang pon yg tao sampai bile kite akan behenti benafas.
Terbitnye matahari n' kedengaran ayam bekokok menandakan pagi menjelma.
Saat tok kite,
melakukan aktiviti masing2 sebagai
usahawan, student n dll.
Bile esok tibe, kite akan melalui hari yg baru.
Sesaknye jalan raya buat kite semakin tegang menjalani kehidupan.
Tak terase,
siang datang menjemput.."waktu untuk rehat.. makan2.."
Setelah perut kenyang,
mulai lagi aktiviti seharian..
sampai akhirnye kite melihat disebelah barat..
Matahari telah tersenyum untuk mengucapkan salam pepisahan..
Kerane, malam mulai menjemput..
Badan letih, meleket setelah sehari melakukan aktiviti..
Dinamik sungguh kehidupan nie..
Tak terase hening nye malam telah pun tibe.
Lelah melakukan aktiviti harian,
membuat kite tidur lelap
malahan ade yg bedengkur keletihan.
Terlena sehingga pagi kembali menjemput dan mulailah hari yg baru lagi..
 Kehidupan,
Huh, macam tu laa kehidupan di mata sesetengah orang.
Bangun, mandi, bekerja, makan n' tidur ade laa aktiviti harian.
Jika pandangan kite tentang erti kehidupan sebatas tu,
mungkin kite tade bezanye ngan haiwan yg
puas dengan hanya benafas,
makan, minum, melakukan aktiviti harian n' tidur.
Siang atau malam adalah same.
Hanya rutin harian,
sehingga akhirnye maut menjemput.
Memang tuu adalah kehidupan
but not in its broader life..
Sebagai manusia jelas kite memiliki pebezaan
dalam menjalani kehidupan.
Kehidupan bukanlah sekadar rutin harian.
Kehidupan adalah kesempatan,
untuk kite mencurahkan potensi diri tok orang lain.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite bekiongsi suke n' duka ngan orang yg kite sayang.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite mengenali orang lain.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite pelajari setiap perangai manusia.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite mencintai pasangan kite,
ibubape n' mengasihi sesame kite.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite belajar n' belajar tentang erti kehidupan.
Kehidupan adalah kesempatan
untuk kite selalu mengucap syukur kepada Allah S.W.T
Yang Maha Kuasa atas
kurniaan yang tidak terhingga.
Begitu banyak Kehidupan yg boleh kite lalui.
Berape tahun y'all melalui kehidupan nie ?
Berape tahun y'all menjalani kehidupan rutin harian?
Adekah sisa waktu y'all sebelom ajal mendatangi
hanye dikorbankan dengan 1 rutin harian saje?
Kite tak tahu bile ajal datang menjemput, rite?!@%
mybe 5tahun lagi, 1tahun lagi, mybe sebulan lagi,
mybe besok ataupon mybe 1jam lagi.
Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui.
Pandanglah di sekeliling kite..
ade segelintir orang yg membutuhkan kite.
Mereka menanti kehadiran kite.
Mereka menanti sokongan kite.
Orang tua, saudara, pasangan, anak, n' sahabat.
Serta Allah S.W.T yg setia menanti
ucapan syukur dari bibir kite.
Tak susah untuk kite besyukur,
hanya sebutkan Alhamdullilah dengan seikhlas hati
bukan hanye bile Allah S.W.T memberi..
Besyukurlah padaNYA setiap saat selagi
kite masih diberi peluang tuk menjalani kehidupan nie.
Buatlah hidup nie menjadi suatu ibadah.
Selamat menjalani hidup yg lebih bermakne..

Sunday 25 March 2012

Ketahui Diri Anda Melalui Kentut

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain. 
2. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut. 
3. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya. 
4. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut. 
5. Orang yang MALANG
Orang yang terkentut sambil tercirit. 
6. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.  
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang 
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya. 
9. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut. 
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya. 
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar. 
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh 
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya. 
14. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah. 
15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman. 
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air 
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam. 
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut 
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian. 
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut 
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating 
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut 
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri 
24. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam. 
 25. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

Friday 23 March 2012

Doa Ku Pada Mu

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya kekasihku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya kekasihku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya kekasihku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya kekasihku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya kekasihku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya kekasih ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya kekasihku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya kekasihku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya kekasihku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..
  
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
  
Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi wanita yang dirahmati,
wanita yang dikasihi,
wanita yang solehah

Amin, Ya Rabbi Allamin..
^.^

Wednesday 21 March 2012

Pantun Jenaka Seisi Keluarga

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Monday 19 March 2012

Cintailah pasangan y'all dengan keihklasan

Pada satu malamsepasang suami isteri sedang menonton televisyen..Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang, nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti,kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur diruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi,si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya.3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka..
Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah...

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya.Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…
Si isteri tidak terkata apa-apa..Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan…
Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dengan kasih sayang maka ALLAH memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang…Bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa-dosa kedua-duanya berguguran dari celah jari tangan keduanya… 

Saturday 17 March 2012

Gelagat Suami Curang

Pada suatu hari yang tenang. seorang suami sedang relaks sambil duduk membaca surat khabar. Tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk….PANG!!… diketuknya atas kepala si suami…..si suami yg terpinga-pinga…..bertanya….. 
“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??”….
si isteri pun menjawab….”nah! awak tengok nih….”
sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’….
si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….
dengan tenang si suami menjawab. “ooo~ itu nama kuda yang saya bertaruh semalam. namanya Mary”
si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur..
Selang seminggu berlaku esiden ketuk mengetuk…
ketika itu si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!
kali ini dengan lebih kuat lagi! si suami pun bertanya,
 “aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih?”
dengan selamba si isteri menjawab….”kuda awak telefon!!”

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cari lah alasan yang lebih selamat =)

Thursday 15 March 2012

Aku Bukanlah Sesempurna Wanita

Aku Hanya Wanita Biasa
Nampak Sempurna Pada Luaran
Namun Hakikatnya Aku Masih Memerlukan
Seseorang Pembimbing
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku

Dan Buat Adam
Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak
Ketahuilah Bahawasanya
Aku Takkan Selamanya
Nampak Muda Dan Menarik
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia Ku
Tua itu pasti menjelang tiba
Buat dikau bakal menjadi raja di hati

Aku Hanya Wanita Biasa
Kadangkala Ada Waktu
Saat kerja menghambat waktu
Aku mungkin terlalai seketika

Maafkanlah aku
Apabila aku alpa dengan duniawi
Maka tegur dan bimbinglah aku

Buat Dikau Bakal Imamku

Aku Hanya Wanita Biasa
Aku Mohon Sokongan dan Bimbinganmu
Aku Mohon Pemahaman dan Pengertianmu
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujungmu
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan ku
Bimbinglah Aku Yang Telah Jauh Tersesat
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku

Kerana Aku Bukanlah Sesempurna Wanita

Monday 12 March 2012

Kisah Bibik Kejang

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan) 

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Saturday 10 March 2012

Selepas Sebelom Selepas

Bila orang yg y'all sayang,
Berubah sikit its okey kan asalkan die masih ngan y'all.

Bila orang yg y'all sayang,
Tanya 'How's your day today, Sayang?' (seronok giler kan)

Bila orang yg kau sayang,
Usap-usap ubun rambut kau dan kata 'It's gonna be ok,'
(mesti cair kan)

Bila orang yg y'all sayang,
Peluk y'all lebih kuat dari y'all peluk.
(mesti rasa terharu kan)

Bila orang yg y'all sayang,
Sentiasa ada bila y'all perlukan seseorang.
(mesti rase terharu kan)

Bila orang yg y'all sayang,
Ingat segala sweet moments ketika berdua,
(mesti rase nak nangis sebab bangge kan)

Coz,,
y'all pon tengah dilamun cinta ^.^


tapi,, bila daa x sayang o' x berape nak sayang,,
HAH ! tu laa ~PUNCA~

Yang indah semua bertukar jadi menyampah.
Tengok muka rasa nak ludah... Kan, ^.^
Actually ni antare kesilapan yg tersangat la ketare dlm manamana pehubungan cintamintadosa..=P
kenape jadi camtu eak,,, ??
Bosan? Kalau bosan, cakap.
Dah taknak? Pun cakap.
Jangan bediam,
Bila bediam,
Dalam sedar o' xsedar y'all telah mempermainkan
hati orang lain taw..

Memang lah mula-mula tu takot nak meluahkan.
Tapi takdelah pasangan tu marah sampai nak bunuh y'all o'
sampai rasa nak mati macam tak ada Tuhan pulak, kan~
Hidup ni kena sentiasa pandang ke depan.
Kalau y'all taknak dia, mesti ada orang lain nak.
Kita memang dah disediakan jodoh sejak kita lahir lagi.
TAPI.. TAPI okeyyy~
bukan gurl tu gurl or boboy to boboy yee~
Jodoh pertemuan, Ajal maut semua Allah S.W.T yg tentukan kan~
And it's all about qada' & qadar.
It's not about karma...

Thursday 8 March 2012

Perbezaan Umur Dalam Hubungan, Sala meyh?

Age is just a number.
Memang, umur hanyalah mainan angka.
Jadi, sala meyh bila pasangan kita jaoh lebiy tue??

Actually X SALAH,,
Cuma masyarakat melayu nie mempunyai
pelbagai pandangan berkenaan pasangan yg berbeza umur.
Sekilas pandang seperti anak dan ibu lorh,
ataupun anak dan ayah lorh.
Orang kate buruk bile,
perempuan mude bepegang tangan ngan mamat yg jauh lebih tue,
ataupun wanita beusia bepelukkan besama
mamat yg jauh lebih mude.
Jika dahulu orang akan menyangka
itu adalah sanak saudara but now masyarakat akan bertanggapan yg
mereka adalah pasangan kekasih.
perempuan mude lak yg besama mamat sebaya bapanye
hanya cintakan wang milik mamat tu..(kononnye),
Mamat yg jauh lebih mude drpd pasangannye gak dianggap camtu.
Persepsi yang agak kejam lorh ,,
Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai..

Daa biase bagi masyarakat, pasangan dimane mamat lebih tue drpd perempuan.
Tetapi yang sebaliknye sukar lak nak di accept.
Kononnye lelaki matang lebih lambat drpd perempuanjadi alasan utama.
Lebiy berusia disini kurang drpd lima tahun lebih tue.
Jika terlalu tue,
masyarakat masih mempunyai keraguan terhadap penerimaannya.
Tidak kurang yg mencemuh hubungan berbeza usia
n ada juga yg menyokong.
Now, daa ramai yg tejebak dalam hubungan camni.

Kenape cari pasangan yang lebih tue/lebih mude?
Ape kurangnye pasangan sebaye?
Actually tade kurang pon,
tapi masing-masing mempunyai sebab tesendiri.
Mungkin disebabkan minat yang same,
keperluan yang same,
pasangan lebih muda mencari kematangan pada pasangan pilihan.

Orang melayu kite suke memandang buruk ngan hubungan bebeza umur nie,
aku yg jadi pelik tgok. Penilaian yg x adil. sukesuki je nilai cam tu.
Dalam mane mane hubungan pasti wujud salah faham.
Semua hubungan mesti ade kesan buruk tapi begantung pada cara kite menanganinya.

Bagi aku lak, kalau daa suke ape lah sangat had umur bebeza!@#$%
Bukan ke satu hubungan tu bejaye bile ade minat yg same n selesa utk bekomunikasi? So, tade sala nye hubungan berbeza umur nie..
Masyarakat patutnye membuke minda kpada hubungan antare pihak yg bebeza umur. Bukan nye mempertikaikan jodoh orang dgn umur yg bebeza..

Tuesday 6 March 2012

Sahabat Jauhi Lah Kegagalan

Sahabat
Pernahkah kau bertanya pada illahi 
mengapa DIA menciptakan takdir
Pernahkah kau bertanya kepada illahi 
mengapa DIA menciptakan kenikmatan 
Sehingga membuaimu dan membuatmu terlupa 
untuk berterima kasih 
Pernahkah kau bertanya kepada illahi 
Mengapa DIA ciptakan kesengsaraan 
Sehingga membuatmu kufur dan memaki atas 
kemalangan mu 
Pernahkan kau bertanya jika aku gagal 
sebetulnya salah siapa 
Pernahkah kau bertanya jika aku tertipu 
sebetulnya salah siapa 
Pernahkah kau bertanya jika aku tak mampu 
sebetulnya salah siapa 
Bukan kah Allah S.W.T yang menciptakan takdir 
Yang menyebabkan aku jatuh pada lubang yang 
sama secara berkali-kali 
Yang menyebabkan aku jatuh pada lembah 
yang paling hina 
Cuba kau Tanya pada dirimu 
salahkan si cacat menyalahkan keadaan 
Jika sibuta ini tak pernah belajar membaca
Jika si tuli ini tak pernah mendengar 
ayat suci AlQuran 
Sementara orang-orang di luar sana bisa 
bersyukur atas segala keuntungan 
Atas segala kebahagiaan 
Atas segala kemenangan 
Hanya si gagal yang meratap dan menyesali
mengapa dirinya dilahirkan 
Dan jawapan yang tak pernah dia temukan
Sehingga tak ada yang dapat mengubahnya
selain Allah S.W.T 

Sunday 4 March 2012

Berat Cubaanmu Ya Allah

Disudut kamar berdebu aku terduduk airmata berlinang

Diselimuti hangatnya karma yang menyiksa hati

Tidak terdaya diri ini berpaling untuk menjauhi

Derita terus mendera emosi

Sedih menempa airmata

Kecewa menindih dari segala arah

Tidak ingin kusesali

Tapi sakitnya hati ini memaksa ku mengalirkan air mata

Hingga hampir kering airmata namun disambung oleh kesakitan

Ragaku masih mampu berdiri teguh tersenyum

Namun tidak jiwaku yang hampir rapuh

Illahi semakin besar cubaanmu saat namaMU ku sembah

Ampun kan lah hati yang tidak mencuba bersyukur padamu

Dari gugur kebahagiaan membuat hati ku lumpuh

Kenapa Engkau mencuba diri ini diluar kemampuan ku

Berucap pun ku hanya bisa bertanya tanpa jawapan

Semua bicara tentang Engkau yang penuh cinta dan kedamaian

Tapi……

Adakah aku mampu melalui cobaan mu?

Jika Engkau mencipta bayangpun berkhianat didepanku

Sejauh mana kah kau mencuba diriku?

Apakah sehingga udara juga ikut bersekutu membenciku?

Jika memang benar begitu takdirku darimu

Ku hanya bisa berterima kasih kerana ku masih yakin

Yakin tentang cerita hikmahMU

Karma ini kan kembali menghiburku

Dan membuatku tersenyum nantinya

Friday 2 March 2012

Apakah Mimpi Itu Kan Menjadi Nyata?

Mama bermimpi tentangku

Diwaktu aku sukar untuk lelap

Adakah mimpi itu ingin memberitahu sesuatu

Wang yang dibungkus kertas putih

Mama terbangun sebelum sempat mencapai ketika ku memberi

Kenapa mimpi buruk menghampiri ketika ku dilanda cubaanMu

Adakah Engkau mengutuskan sesuatu yang buruk untuku?

Atau hanya mainan mimpi mama kerana terbawa sama dengan masalahku

Mimpi mama menganggu pemikaran ku

Apa yang harus aku lakukan untuk hidup ini

Ku bersujud meminta kepastian padaMu

Ku mohon petunjukMu

Jika harus aku lalui kesengsaran yang akan diakhiri dengan bahagia

Sungguh aku sanggup kernaMu

Rahmatilah umurku Ya Allah